CARA MENCUCI KERETA YANG TERKENA ABU DAN PASIR DARI EXPLOSI GAS DI SUBANG – ELAK CALAR, JAGA CAT!
3 April 2025
Mencari cara mencuci kereta kerana penuh degan abu dan pasir?? Kalau anda tinggal berhampiran dengan explosi gas bawah tanah di Subang yang baru berlaku ini, mesti kereta kesayangan anda terlibat! Habis berdebu macam baru balik dari padang pasir.

Jangan panik! Jangan terus lap atau gosok!
Kenapa? Sebab abu dan pasir boleh bertindak seperti kertas pasir halus—sekali salah langkah, cat kereta boleh penuh calar mikro (micro marring) dan swirl marks. Kalau tak nak kereta nampak tua sebelum waktunya, anda kena basuh kereta dengan cara yang betul.
Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan cara mencuci kereta paling selamat dan efektif untuk mencuci kereta yang terkena abu dan pasir, tanpa merosakkan cat, dan menggunakan produk berkualiti dari IGL Coatings untuk hasil terbaik.
Sedia? Jom kita mulakan!
1. Pra-Bilas (JANGAN LAP KERING!) Tips tips Pending
- Gunakan air bertekanan rendah: Gunakan foam cannon, penyembur tekanan rendah, atau hos air dengan muncung kipas. Kenapa? kalau tekanan tinggi, micro marring tentu ada.
- Bilas dengan teliti: Mulakan dari bahagian atas dan turun ke bawah untuk menghilangkan sebanyak mungkin abu dan pasir.
- Elakkan menggosok kering: Mengelap sebelum membilas boleh menyebabkan calar pada cat.
2. Pra-Basuh dengan Buih (Kaedah Snow Foam)
- Gunakan buih pH neutral seperti IGL Wash, atau dengan foam cannon atau penyembur pam dengan pre-wash sikit alkali, seperti IGL Blizzard.
- Biarkan buih bertindak selama beberapa minit untuk melonggarkan kotoran.
- Bilas dengan air secukopnya dengan bersih sebelum menyentuh cat.
- Produk rekomen: IGL Wash atau IGL Blizzard. Untuk full wash, boleh jenguk sini: Washing Your Car Like A Pro
3. Cara Mencuci Kereta dengan Kaedah Dua Baldi
- Sediakan satu baldi air sabun dan satu baldi air bersih untuk membilas kain pencuci.
- Gunakan sarung tangan mikrofiber lembut dan basuh dengan perlahan dalam gerakan lurus (bukan bulatan).
- Kerap bilas sarung tangan dalam baldi air bersih untuk mengelakkan kotoran terkumpul.
- Produk rekomen: IGL Wash dan IGL Blizzard.

4. Bilas Akhir & Pengeringan
- Bilas sekali lagi dengan teliti untuk menghilangkan semua sisa sabun dan kotoran yang telah longgar.
- Gunakan tuala mikrofiber berkualiti tinggi atau blower udara untuk mengeringkan tanpa menyentuh cat terlalu banyak.
- Produk rekomen, tuala Kering IGL Coating!
5. Pemeriksaan & Perlindungan
- Jika abu bersifat asid (contohnya, abu gunung berapi atau dari letup gas), pertimbangkan untuk menggunakan larutan pencuci khas yang dapat meneutralkan asid. Produk-produk pH Neutral atau sikit Alkali, seperti IGL Wash atau IGL Blizzard, memang sesuai untuk dipergunakan.
- Sapukan wax semburan seperti IGL Wax atau sealant terhandal IGL Premier untuk menambah lapisan perlindungan terhadap kotoran pada masa hadapan.
